Agong terima menghadap Duta UAE

Al-Sultan Abdullah - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Khalid Ghanim Alghaith yang bakal menamatkan khidmatnya sebagai duta di Istana Negara.

Alghaith turut menyampaikan salam Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan Naib Presiden, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Mahkamah Presiden Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Pemimpin berkenaan turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kerajaan dan rakyat Malaysia dan semoga terus dikurniakan kejayaan serta kemakmuran, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan salam kepada pemimpin berkenaan dan semoga rakyat serta kerajaan UAE terus menikmati pembangunan dan kemakmuran.

Baginda memuji usaha duta itu sepanjang berkhidmat di negara ini untuk mengeratkan hubungan antara UAE dan Malaysia dan semoga berjaya dalam menjalankan tugas baharunya.

Alghaith merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan Malaysia atas kerjasama yang diberikan dalam meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara, tambah WAM. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!