Enam maut akibat cuaca ekstrem di Papua Tengah Indonesia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Enam maut akibat kepanasan dalam keadaan cuaca ekstrem di Puncak, Papua Tengah baru-baru ini, menurut ketua daerahnya, Willem Wandik.

Tiga kematian dilaporkan di Agandugume, manakala tiga lagi di Lambewi membabitkan lima dewasa dan seorang bayi baru lahir di dua daerah itu yang didiami 7,500 penduduk.

"Daerah ini mengalami cuaca ekstrem sejak Mei dan kekurangan air menyebabkan dehidrasi dan penggunaan air tercemar membawa cirit-birit.

"Sedikit atau tiada hujan yang turun sehingga Ogos merosakkan tanaman dan sering menyebabkan sakit perut dan cirit-birit selepas makan,” katanya.

Willem mengisytiharkan Status Respons Kecemasan dari 7 Jun hingga 7 Ogos dan menggesa agensi berkaitan mengambil langkah bagi mengurus daerah yang terjejas.

Sehingga 25 Julai, Kementerian Hal Ehwal Sosial telah menghantar 14 tan makanan dan bekalan ke daerah-daerah menggunakan helikopter tentera.

Semua bekalan diangkut dari gudang di Jakarta dan Jayapura, Papua, dengan pesawat kargo tentera, Hercules. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!