Pemuda Pas Terengganu lapor SPRM dakwa ucapan Zahid berbaur sogokan

Mohd Harun membuat laporan SPRM berkenaan ucapan yang didakwa berunsur sogokan kepada pengundi di pejabat SPRM Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.
Mohd Harun membuat laporan SPRM berkenaan ucapan yang didakwa berunsur sogokan kepada pengundi di pejabat SPRM Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ucapan berbaur sogokan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan itu dibuat di pejabat SPRM Terengganu di sini sekitar jam 12 tengah hari dan selesai kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Pemudanya, Mohd Harun Esa mendakwa, kandungan ucapan Ahmad Zahid dalam sebuah majlis yang menjanjikan sejumlah peruntukan dipercayai mengandungi unsur rasuah kepada golongan pengundi muda.

"Dalam ucapan beliau ada menyebut asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut Gelombang Biru (BN) dan Gelombang Merah (PH) yang ada di Negeri Terengganu.

"Bagi kita ia adalah satu kenyataan yang dipercayai mempunyai unsur-unsur untuk menyogok pengundi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Jelas Mohd Harun, siasatan wajar dilakukan walaupun pihak SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pengumuman insentif kerajaan tidak dikategorikan sebagai rasuah.

MOHD HARUN
MOHD HARUN

"Bagi kami ia masih perlu disiasat berdasarkan slogan 'gelombang biru' dan 'gelombang merah', ditambah lagi dengan kenyataan sogokan tambahan jika PH, BN dipilih pada 12 Ogos nanti.

"Kami tiada bantahan mengenai bantuan yang diumumkan namun agak pelik kerana ia diberikan menjelang pilihan raya dan setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga kesal kerana bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu pada pilihan raya lalu (Pilihan Raya Umum ke-15) didakwa sebagai rasuah.

"Bantuan Kerajaan Terengganu difitnah sebagai rasuah pilihan raya sedangkan ia diumumkan lebih awal daripada tarikh itu (PRU15).

"Justeru, kita menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung perkara itu secara telus," katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid dalam ucapan pada majlis perasmian Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun mengumumkan sejumlah peruntukan kepada golongan itu.

Sebanyak RM100,000 peruntukan geran tambahan diumumkan kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 (Majlis Belia Negeri Terengganu) dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, pemberian geran tersebut bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya agensi berkenaan melihat pemberian itu dari kementerian di peringkat persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ

'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

Ahmad Zahid langgar larangan 3C - Bersih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!