Rafizi telah hantar jemputan debat kepada Syahir

Mohd Syahir, Rafizi
Mohd Syahir, Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan surat jemputan debat hal ehwal ekonomi telah dihantar kepada Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman pada Ahad.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Mohd Syahir merupakan individu yang sesuai untuk berbicara perihal ekonomi.

“Saya yakin beliau sebagai seorang teknokrat akan lebih berani daripada panglima besar Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Rafizi mengajak Mohd Syahir untuk berdebat dengannya selepas cabaran itu ditolak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, menurut Rafizi, majlis debat itu memberi peluang kepada rakyat untuk mendengar idea pemimpin terhadap hala tuju ekonomi negara dan akan diterjemahkan kepada masyarakat.

"Apabila rakyat dapat mendengar idea wakil-wakil rakyat, yang menang akhirnya rakyat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Selepas Sanusi, Azmin tolak, kini Rafizi cabar Mohd Syahir debat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!