Baddrol guna pengalaman dalam bola sepak atasi cabaran politik

Baddrol (belakang, kanan) bersama calon PN Kubang Rotan, Datuk Mohd Salleh Saidin (tengah) ketika Program Sembang Santai Anak Muda di Kuala Kedah pada Ahad. Gambar kecil: Baddrol
Baddrol (belakang, kanan) bersama calon PN Kubang Rotan, Datuk Mohd Salleh Saidin (tengah) ketika Program Sembang Santai Anak Muda di Kuala Kedah pada Ahad. Gambar kecil: Baddrol
A
A
A

KUALA KEDAH - Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar menepis dakwaan dia hanya layak berada di padang bola, sebaliknya penyertaannya dalam pilihan raya negeri (PRN) membuktikan kepercayaan pelbagai pihak terhadap dirinya untuk terlibat dalam bidang politik.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau juga mahu membuktikan kepada semua yang ragu-ragu terhadap dirinya melalui keputusan tepat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Kedah 12 Ogos depan.

"Saya menganggap ini sebagai semangat baharu untuk membawa perjuangan terhadap rakyat Kedah, perjuangan demi anak-anak muda negeri Kedah. Insya-ALLAH, memang ada latihan dan saya akan buktikan kepada rakyat Kedah.

"Saya memiliki perancangan untuk semua kaum di Kedah terutamanya masyarakat Cina dan India. Memang saya anggap ini satu cabaran dalam politik," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita selepas Program Sembang Santai Anak Muda bersama Baddrol Bakhtiar dan Datuk Mohd Salleh Saidin di Kuala Kedah pada Ahad.

Baddrol berkata, beliau percaya bahawa pengalamannya dalam mengatasi cabaran sebagai pemain bola sepak profesional sebelum ini akan membantunya dalam kempen PRN nanti.

"Sebelum ini, bermain bola sepak agak sukar. Macam itulah saya lihat politik ini seperti mana saya bermain bola sepak dan saya akan memimpin sama seperti saya memimpin rakan sepasukan saya di atas padang.

"Jadi, saya akan buktikan saya boleh walau bidang apa sekalipun," katanya.

Baddrol berkata Menteri Besar sementara Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah membimbingnya untuk membuat persiapan menghadapi PRN.

Berdasarkan rekod dalam sukan bola sepak, Baddrol telah merasai semua kejuaraan yang ada di Malaysia iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, Liga Premier dan juga trofi kejuaraan antara tertua di Asia, Piala Malaysia bersama Kedah.

Baddrol akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari di kerusi DUN Gurun tersebut.

Sebelum ini, kerusi DUN Gurun dimenangi bapa Firdaus, Tan Sri Johari Abdul, yang mengosongkan kerusi itu untuk menyandang jawatan speaker Dewan Negara.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pemilihan Baddrol sebagai calon PN boleh tarik anak muda'

'Perasaan saya macam final bola sepak' - Baddrol

PRN: Baddrol mahu bantu pertahankan kepimpinan Sanusi

Baddrol jadi calon PN: Sanusi kata tunggu, bagi ada 'thrill'

PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din calon PN di Gurun, Alor Mengkudu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!