PRN: SPRM tidak berhasrat perkenal garis panduan pemberian bantuan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk memperkenalkan garis panduan khusus pemberian bantuan semasa pilihan raya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk memperkenalkan garis panduan khusus pemberian bantuan semasa pilihan raya.
Ini kerana kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menyatakan perkara tersebut secara jelas.
"Kami mohon semua pihak memahami akta ini," katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis pelancaran pemakaian kamera badan (BWC) dan jaket SPRM, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan Pas agar satu panduan khusus disediakan.
Ia susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa peruntukkan geran tambahan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Pengumuman itu dikritik oleh banyak pihak termasuk pemimpin politik yang didakwa mempunyai unsur rasuah.
Bagaimanapun SPRM menyifatkan ia bukan rasuah sebaliknya sebagai inisiatif dari kementerian di peringkat Persekutuan.
Sementara itu, Azam berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan dan laporan berhubung perkara yang berkaitan dengan rasuah sepanjang tiga hari kempen pilihan raya bermula.
"Mengikut pengamatan pengalaman lepas, tempoh sehari dua ini belum lagi," katanya.
Sebelum ini SPR menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Selain itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.
Hari penamaan calon adalah pada 29 Julai dan hari mengundi awal pula 8 Ogos ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Isu dakwaan sogokan: Aswa pertikai tindakan Azam Baki
Tindakan Zahid umum peruntukan di Terengganu tiada kaitan PRN - Anwar
'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki
'Tindakan Ahmad Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah'
Pemuda Pas Terengganu lapor SPRM dakwa ucapan Zahid berbaur sogokan
Muda lapor polis dakwa ceramah Ahmad Zahid ada unsur sogokan
‘Jelas ini sogokan untuk beli undi’ - Syed Saddiq
Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!