PRN: Ahli Parlimen tak setuju tindakan Zahid umum peruntukan

Hassan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hassan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dalam program di negeri itu pada Jumaat.

Menurut beliau, ini kerana perkara tersebut diumumkan menjelang kempen pilihan raya negeri (PRN).

"Sebagai ahli Parlimen, saya tak setuju pengumuman geran tambahan oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri) Zahid Hamidi di Terengganu ketika kempen pilihan raya.

"Rasuah itu isu legal dan persepsi. Rasuah berkait soal etika, bukan legal semata-mata. Pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih," ciapnya dalam Twitter miliknya pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pengumuman Ahmad Zahid itu dan menyatakan peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan PRN pada 12 Ogos ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman menyelar tindakan Ahmad Zahid itu yang disifatkan sebagai satu bentuk rasuah menjelang PRN.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan peruntukan terbabit semasa merasmikan Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 28 Julai lalu.

Ini termasuk peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM200,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam PRN ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu dakwaan sogokan: Aswa pertikai tindakan Azam Baki

Tindakan Zahid umum peruntukan di Terengganu tiada kaitan PRN - Anwar

'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

'Tindakan Ahmad Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah'

Pemuda Pas Terengganu lapor SPRM dakwa ucapan Zahid berbaur sogokan

Muda lapor polis dakwa ceramah Ahmad Zahid ada unsur sogokan

‘Jelas ini sogokan untuk beli undi’ - Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq

Ahmad Zahid langgar larangan 3C - Bersih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!