MR D.I.Y. pelihara alam sekitar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia dengan menggerakkan para sukarelawan MR D.I.Y. Cares untuk menganjurkan dua inisiatif alam sekitar iaitu penanaman anak pokok bakau dan program pemuliharaan tapir, baru-baru ini.
MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, seramai 31 sukarelawan MR D.I.Y. Cares bekerjasama dengan komuniti Changkat Keruing dan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) menanam 1,000 anak pokok bakau melalui misi memulihkan alam semula jadi di sepanjang Taman Tebingan Sungai Bakau di Changkat Keruing, Perak.
“Seramai 15 sukarelawan MR D.IY. Cares juga turut melawat Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun, Kuala Kubu Bharu untuk usaha pemuliharaan tapir.
"Para sukarelawan memberi transformasi kepada pusat itu dengan melukis mural tapir dan landskap yang memukau untuk dinikmati para pengunjung.
“Para sukarelawan turut menanam beberapa pokok bunga dan menyumbang keperluan bagi membantu pusat terbabit,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan merupakan usaha berterusan MR D.I.Y. ke arah memelihara tempat-tempat tarikan pengunjung di Malaysia dan memastikan kelestarian alam semula jadi kita.
“Kami amat percaya bahawa syarikat atau organisasi tempatan harus memainkan peranan aktif dalam mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan amalan mampan supaya kita dapat bersama-sama menyampaikan nilai dan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara dengan cara yang bermakna.
"Pada masa yang sama, mengalakkan orang ramai untuk turut serta,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, MR D.I.Y juga turut mengadakan bengkel 'Walk with Style' di MR D.I.Y. PLUS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!