Ibu, teman lelaki ditahan kes kematian kanak-kanak 9 tahun

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang disyaki didera di sebuah rumah di Assam Kumbang dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita berusia 36 tahun yang merupakan ibu mangsa tinggal bersama temannya di rumah berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal dijalankan mengesahkan terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.

"Kejadian penderaan ini dipercayai berlaku sejak Mac lepas.

"Ibu dan bapa mangsa dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di kaki, badan dan muka dipercayai didera.

ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak 9 tahun ditemui mati dipercayai didera

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!