Empat maut ditembak dalam tren
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila seorang pegawai polis dari Pasukan Perlindungan Kereta Api (RPF) didakwa melepaskan tembakan di dalam kereta api yang sedang bergerak di negeri Maharashtra di India pada Isnin, menurut sumber rasmi.
Insiden itu berlaku di dalam kereta api "Jaipur Express" (Nombor Kereta Api 12956), yang dalam perjalanan dari bandar Jaipur menuju ke Mumbai, selepas melintasi stesen kereta api Palghar, hampir 60 batu dari Mumbai, lapor Xinhua.
Antara yang maut ialah seorang anggota RPF, seorang pekerja pantri kereta api dan dua penumpang, menurut laporan media.
Selepas tembakan, penyerang dilaporkan melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak berhampiran Stesen Dahisar untuk melarikan diri.
Dia kemudiannya ditahan bersama senjata automatik yang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!