King Sing terima kunjungan Duta Besar Arab Saudi

Khairul Firdaus menerima kunjungan Mesaad Ibrahim di Pejabat MOTAC, Putrajaya.
Khairul Firdaus menerima kunjungan Mesaad Ibrahim di Pejabat MOTAC, Putrajaya.
A
A
A

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi laman Facebook memaklumkan kunjungan hormat yang diadakan di pejabat King Sing, Putrajaya itu diwakili oleh Timbalannya, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pemimpin negara itu membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Tujuan kunjungan hormat ini diadakan untuk memperkasakan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi terutama sektor pelancongan dan kebudayaan," katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Datuk Zamri Mat Zain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!