Keluarga tahanan SOSMA mogok lapar di luar penjara

Ahli keluarga tahanan sedang melakukan mogok lapar di luar Penjara Sungai Buloh sejak jam 10 pagi hari ini.
Ahli keluarga tahanan sedang melakukan mogok lapar di luar Penjara Sungai Buloh sejak jam 10 pagi hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 100 ahli keluarga kepada 69 tahanan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh.

Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, bantahan itu adalah untuk menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan undang-undang pencegahan.

Menurutnya, tahanan SOSMA ditahan di dua penjara iaitu 34 orang di Penjara Sungai Buloh dan selebihnya di Penjara Alor Setar.

Dr Kalai Vanar
Dr Kalai Vanar

“Seramai 34 banduan SOSMA di Sungai Buloh telah memulakan mogok lapar pada Ahad (30 Julai) dan hari ini ahli keluarga mereka turut melakukan hal yang sama,” katanya kepada media pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, tindakan itu adalah sebagai mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi menunaikan janji untuk membebaskan tahanan atau memansuhkan akta tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Kalai mendakwa, ia sepatutnya dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun masih gagal ditunaikan sehingga kini.

Dalam masa sama, bekas Presiden Pertubuhan Kebajikan Tahanan (Popoc), Ganesan M Krishnan berkata, kesemua 69 tahanan itu disyaki melakukan kegiatan jenayah dan akan ditahan antara setahun hingga tiga tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!