'Ini kerja ALLAH, saya reda...'

Sebahagian ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan tiga beranak maut serentak. (Gambar kecil: Shah Kadir)
Sebahagian ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan tiga beranak maut serentak. (Gambar kecil: Shah Kadir)
A
A
A

TANAH MERAH - Suasana sedih dan pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarham Nor Zurita Shah Kadir, 27, yang maut semasa menghantar anak keduanya, Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 5, ke tabika dengan ditemani anak bongsu, Siti Husna Qaisara, 4, dalam tragedi kemalangan semalam.

Bapa Nor Zurita, Shah Kadir Jaafar, 57, berkata, paling terkesan dengan kejadian tersebut ialah menantunya, Adnan Abdullah, 27, dan anak sulung pasangan itu, Siti Hajjar Qistina, 9.

“Cucu sulung saya (Siti Hajjar Qistina) tak mampu tengok jenazah ibu dan dua adiknya semasa mahu dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Gual Jedok.

“Saya perasan sebelum itu dia dah menangis teresak-esak semasa menonton berita di televisyen.

"Semasa jenazah ingin dikebumikan pun dia hanya duduk di dalam kereta. Saya rasa dia masih trauma kehilangan mereka bertiga serentak,” katanya ketika ditemui di Gual Jedok, hari ini.

Shah Kadir berkata, selain cucunya, menantunya juga tidak dapat berhadapan dengan orang ramai untuk bercerita mengenai kejadian tersebut kerana berada dalam keadaan yang amat sedih.

“Kali terakhir saya jumpa anak kedua ini sebelum kejadian semasa dia balik nak mandi. Sebaik dimaklumkan dia terlibat nahas, saya pun bergegas ke lokasi kejadian.

“Pada mulanya hati saya remuk lihat anak dan cucu maut dalam keadaan bergelimpangan, tapi bila fikirkan ini ‘kerja’ ALLAH, saya reda.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun saya harap pelakunya mesti dihukum seadil-adilnya mengikut undang-undang,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, tiga beranak itu maut serentak selepas motosikal Honda EX5 dinaiki mereka dirempuh Proton Wira yang bermuatan 150 kilogram daun ketum.

Kesemua mangsa tercampak hampir lima meter dalam semak antara satu sama lain dan hasil siasatan polis, suspek di bawah pengaruh pil kuda.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga beranak maut dilanggar kereta bawa daun ketum

Tiga beranak maut: Pemandu kereta direman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!