Beri peluang saya tadbir DUN Dusun Tua - Johan

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz ketika hadir dalam program Sinar Live pada Isnin.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz ketika hadir dalam program Sinar Live pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz yakin akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Johan berkata, pihak lawan menampilkan muka baharu sekali gus memberi kelebihan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi Kerajaan Perpaduan di DUN itu.

“Apa yang saya lihat calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad merupakan muka baharu dalam gelanggang politik manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan Azhar Hambali pula sebelum ini adalah anak didik saya.

“Perkara ini memberi sedikit kelebihan kepada saya untuk memenangi pilihan raya kali ini. Lagipun saya pernah berkhidmat selama 10 tahun sebagai ADUN Semenyih dan banyak sumbangan telah diberikan.

“Saya tidak mahu cerita lebih berkaitan taktik atau formula untuk pikat rakyat tapi saya ada cara sendiri untuk membantu mereka dalam menilai sumbangan yang pernah diberikan sebelum ini,” katanya sewaktu siaran langsung di Sinar Live pada Isnin.

Justeru, Johan meminta rakyat Selangor untuk memberikan sekali lagi peluang kepada beliau mentadbir DUN Dusun Tua.

“Saya lebih memahami apa tugas sebenar sebagai wakil kepada rakyat. Kalau mereka nak tengok sumbangan yang dilakukan, boleh lihat menerusi akaun Facebook saya.

“Jadi, di sini saya menyeru kepada semua 74,000 penduduk dan pengundi N23 supaya memberi peluang untuk berkhidmat dan memajukan kawasan tersebut,” ujarnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!