Fabinho ikut jejak Henderson ke Liga Pro Saudi

Fabinho (tengah) diikat Al-Ittihad dari Liverpool dengan kontrak tiga tahun.
Fabinho (tengah) diikat Al-Ittihad dari Liverpool dengan kontrak tiga tahun.
A
A
A

PEMAIN tengah Brazil, Fabinho telah menyertai Al-Ittihad dari Liverpool dengan perjanjian tiga tahun, umum kelab Saudi itu.

Butiran kewangan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan juara Liga Pro Saudi membayar 40 juta pound untuk pemain berusia 29 tahun itu.

Fabinho akan menyertai pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema dan bekas pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante di kelab yang berpangkalan di Jeddah itu.

Pemain Brazil itu membuat 219 penampilan untuk Liverpool sejak ketibaannya pada 2018, dan membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super UEFA.

Jordan Henderson juga meninggalkan Liverpool minggu lalu untuk menyertai Al-Ettifaq pimpinan Steven Gerrard di Arab Saudi.

Fabinho bersama Brazil melakukan penampilan sebanyak 29 kali, menyertai Liverpool pada Julai 2018 dari kelab Ligue 1 Perancis, Monaco dengan bayaran dalam lingkungan 39 juta pound.

Fabinho berkata, dia meninggalkan rumahnya selepas mewakili Liverpool dengan penghormatan dan kebahagiaan terbesar yang mungkin selama lima tahun.

"Saya mengatakan ini dengan hati yang penuh kegembiraan. Saya suka kelab ini. Terima kasih, Reds, untuk semua yang kami alami bersama," katanya.

Liga Pro Saudi telah menjadi destinasi tumpuan pilihan untuk pemain berprofil tinggi sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr, Januari lalu.

Ronaldo yang menjadi ejen bebas selepas berpisah dengan Manchester United pada November menyertai Al Nassr dengan kontrak 2-1/2 tahun bernilai lebih 200 juta euro.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!