Warga emas rentung, pusat jagaan terbakar

Keadaan mangsa yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar awal pagi Selasa.
Keadaan mangsa yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar awal pagi Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar, awal pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi.

"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Md Razali berkata, kebakaran melibatkan jenis bangunan struktur kelas A dan musnah terbakar 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.

"Semasa kejadian terdapat 14 penghuni termasuk penjaga telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

"Walau bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!