Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
ISTANBUL - Junta tentera di Myanmar pada Selasa memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.
Bekas Presiden, Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.
"Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka,” tambah laporan itu.
Bulan lalu, laporan mendedahkan bahawa Suu Kyi telah bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!