Cuepacs tuntut PM umum segera kelulusan imbuhan tetap

Adnan (dua, kiri) merasmikan Forum Malaysia Madani Dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur Tahun 2023 di Kota Bharu.
Adnan (dua, kiri) merasmikan Forum Malaysia Madani Dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur Tahun 2023 di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan segera imbuhan tetap dan peningkatan yang diminta.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kelulusan itu bukan bersifat 'gula-gula' pilihan raya kerana ia melibatkan enam negeri sahaja.

"Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mempunyai kaitan pilihan raya di peringkat kebangsaan.

"Justeru, Perdana Menteri boleh membuat pengumuman kepada Cuepacs dan penjawat awam," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Beliau sebelum itu merasmikan Forum Malaysia Madani Dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur Tahun 2023 di sin.

Menurut beliau, pada masa sama tindakan itu penting supaya ia dapat diberikan sebelum sistem persaraan baharu dimuktamadkan oleh kerajaan.

Ujarnya, imbuhan tersebut hendaklah tidak kurang daripada RM100 sebagaimana kenaikan gaji khas pada 30 Ogos tahun lalu.

Adnan memberitahu, sebagai tunjang kerajaan, penjawat awam berhak memohon sesuatu yang munasabah.

Tambahnya, hal ini kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam.

"Kami kecewa apabila perhimpunan bersama Perdana Menteri tidak dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat iaitu 8 Ogos ini, kemudian diawalkan lagi pada 7 Ogos.

"Bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan wang off RM300 kepada penjawat awam," ujarnya.

Menurut beliau, bantuan yang akan ditunaikan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh pengumuman amat memberikan kelegaan kepada semua penjawat awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!