[VIDEO] UTM sedia jadi pusat robotik

A
A
A

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bersedia untuk menjadi peneraju pusat robotik di negara ini berdasarkan kepada pencapaiannya apabila menyertai pertandingan robotik, robocon yang dianjurkan dalam dan luar negara.

Menurut Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, selaku peneraju pusat robotik, UTM juga berharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang robotik pada masa hadapan.

"Ada apa (dengan), peranan pusat robotik? Sebenarnya, ia akan menjadi satu pusat untuk semua kerana kegiatan robot di negara kita ada banyak, jadi kita diberikan mandat berdasarkan pencapaian dan kepakaran yang ada.

"Lagi pun, ini bukan sahaja pernyataan di peringkat UTM, tetapi di peringkat kementerian mereka turut memantau dan setiap kali sejak tujuh lapan tahun dulu bila UTM masuk pertandingan robotik, robocon, UTM (menang) sajalah... kalau UTM tak masuk baru tak ada nama UTM.

"Jadi berdasarkan track record ini ia pencapaian yang bukan satu, dua, lima, enam atau tujuh tahun tetapi setiap kali penyertaan pensyarah dan pelajar UTM akan catat keputusan terbaik, kini kerja dah siap, kita hanya nak buat pembentangan secara rasmi dengan pihak kementerian sahaja," katanya.

Ahmad Fauzi berkata demikian kepada pemberita sempena Pelancaran Sambutan Kemerdekaan UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru, pada Selasa.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bersedia untuk menjadi peneraju pusat robotik di negara ini berdasarkan kepada pencapaiannya apabila menyertai pertandingan robotik, robocon yang dianjurkan dalam dan luar negara.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bersedia untuk menjadi peneraju pusat robotik di negara ini berdasarkan kepada pencapaiannya apabila menyertai pertandingan robotik, robocon yang dianjurkan dalam dan luar negara.

Tambah menarik, simbolik Perasmian program berkenaan disempurnakan oleh robot yang memalu gendang dibangunkan oleh pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai simbolik perasmian majlis pelancaran berkenaan.

Untuk rekod, seramai 3,000 warga UTM Johor Bahru, hadir pada program berkenaan yang dianjurkan secara berkata setiap tahun.

Sementara itu Ahmad Fauzi berkata, pihaknya akan membuat Penyelarasan terhadap robot-robot berkenaan agar boleh digunakan dalam bidang-bidang tertentu.

"Kita akan membuat penyelarasan robot.. untuk apa? Contohnya robot untuk bidang kesihatan, robot untuk bidang efek drone dan sebagainya.

"Kita akan selaraskan sebab kita tak naklah semua kepakaran ini bersepah... kalau bersepah habislah tenaga kita dan itulah sebenarnya kita nak ada satu pusat UTM, robotik, UTM advanced selain UTM bagi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) juga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!