Suhu panas melampau, Iran umum cuti dua hari

Suhu dijangka mencecah 51C (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran. - Foto hiasan
Suhu dijangka mencecah 51C (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran. - Foto hiasan
A
A
A

ANKARA - Pihak berkuasa Iran pada Selasa mengumumkan cuti umum dua hari berikutan gelombang haba melampau di negara itu.

"Untuk melindungi kesihatan rakyat akibat cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Majlis Menteri menerima cadangan Kementerian Kesihatan supaya memberi cuti pada Rabu dan Khamis di seluruh negara," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap kerajaan Iran, Ali Bahadori Jahromi di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Suhu dijangka mencecah 51C (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.

Menteri Kesihatan Bahram Einollahi turut mencadangkan cuti umum di kawasan yang suhu melebihi 40C (104F) darjah. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!