Ibu Ani dipenjara enam tahun seludup enam PATI

Ibu Ani (kanan) dihukum penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Klang pada Selasa, berhubung kes penyeludupan enam PATI dua tahun lalu.
Ibu Ani (kanan) dihukum penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Klang pada Selasa, berhubung kes penyeludupan enam PATI dua tahun lalu.
A
A
A

KLANG – Seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Ibu Ani dihukum penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa berhubung kes penyeludupan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dua tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Selangor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohd Shahrenliza Ghazali berkata, ketika prosiding, Pesuruhjaya Kehakiman, Norliza Othman menjatuhi Ramiani, 58, hukuman itu selepas mengaku bersalah atas kes berkenaan.

Menurutnya, tertuduh didapati menjalankan penyeludupan migran melibatkan enam warga Indonesia termasuk seorang seorang wanita berusia 21 hingga 60 tahun.

"Ramiani dituduh bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Maritim Selangor menahan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang menjadi dalang kepada sindiket penyeludupan PATI selepas diberkas oleh pasukan operasi darat Maritim Malaysia di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Sindiket tersebut mengenakan bayaran sekitar RM1,500 hingga RM2,000 untuk membawa keluar dan masuk bagi setiap PATI bergantung kepada jarak lokasi.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Kanan, Maritim Selangor, Leftenan Maritim Mohd Sharizul Mahamood dan pendakwaan

dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maritim Negeri, Puspharasi Ramachandran.

Pada 26 November 2021, wanita itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah rumah flat di Taman Kuchai Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 6.10 pagi, 5 November tahun sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!