Buffon beri bayangan bersara
GIANLUIGI Buffon dijangka menamatkan kontraknya bersama Parma seterusnya mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 45 tahun.
Penjaga gol terhebat dalam sejarah sukan popular itu, mulanya berharap meneruskan sehingga kontraknya berakhir pada Jun 2024.
Namun kecederaan sepanjang musim lalu diikuti kegagalan kelab Serie B itu ke saingan Serie A ternyata mengecewakan Buffon.
Terdapat juga laporan bahawa kelab Liga Pro Saudi berusaha mendapatkan khidmatnya bagi memeriahkan liga tersebut.
Bagaimanapun menurut pakar perpindahan pemain Gianluca Di Marzio mendakwa Buffon telah membuat keputusan berkenaan masa depannya
Perkembangan terkini itu bakal menyaksikan Buffon bersedia untuk menamatkan kontrak Parma dengan persetujuan bersama dan mengumumkan persaraannya
Buffon memulakan kerjayanya di akademi remaja Parma dan menjadi ejen bebas pada 2021, setelah turut mewakili Juventus dua kali dan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2018-19.
Penjaga gol itu mengumpul 657 penampilan Serie A, 124 dalam Liga Juara-Juara dan rekod 176 penampilan senior untuk Itali.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!