JKM cari waris Siti Nur Kamariah
MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jasin mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan dipercayai warga Indonesia berusia empat tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jasin, Mohd Faizal Mat berkata, maklumat awal yang diperoleh kanak-kanak bernama Siti Nur Kamariah Ali sebelum ini tinggal bersama seorang lelaki bujang berusia 55 tahun.
Menurutnya, maklumat lain yang diperoleh ibu kandung kanak-kanak itu dikenali sebagai Misnah berusia 40 tahun dan merupakan warga Indonesia.
"Berdasarkan kepada siasatan awal yang telah dijalankan, kanak-kanak itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Malah kanak-kanak ini juga tidak dapat memberikan maklumat latar belakang mahupun waris keluarga kerana masih kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Tambahnya, Siti Nur Kamariah kini ditempatkan Institusi JKM atas perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pejabat JKM daerah atau pelindung kanak-kanak di talian 06-5291285.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!