Alba sasar lebih banyak trofi bersama Messi, Busquets
PEMAIN pertahanan Sepanyol, Jordi Alba menyasarkan lebih banyak trofi selepas kembali bermain bersama bekas rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi dan Sergio Busquets di Inter Miami.
Pemain berusia 34 tahun itu memenangi lima kejuaraan La Liga dan satu gelaran Liga Juara-Juara semasa bersama Barcelona manakala Kejohanan Euro serta Liga Negara-Negara bersama Sepanyol.
“Saya datang ke sini untuk bersaing, untuk memenangi segala-galanya.
“Saya bernasib baik kerana memenangi segala-galanya bersama Barcelona dan hampir segala-galanya bersama pasukan kebangsaan...ia adalah keputusan yang tepat untuk datang ke sini untuk satu lagi projek yang sangat menarik,” katanya.
Alba berkata, impak Messi dan Busquets, yang membawa Miami menang berturut-turut ke atas Cruz Azul dan Atlanta dalam peringkat kumpulan Piala Liga sudah terbukti.
“Saya rasa kedatangan Busquets dan Leo (Messi) telah menjadikan pasukan itu berkembang pesat, kata Alba. saya akan menjadi pemain yang sama seperti saya pernah berada di Eropah," katanya.
Alba berkata, walaupun tidak bermain sejak kemenangan akhir Liga Negara-Negara Sepanyol ke atas Croatia pada 19 Jun, dia tetap mengekalkan dirinya dalam keadaan kecergasan yang tinggi.
“Saya telah berlatih dengan baik di Barcelona selama beberapa hari. Memang benar bukan mudah untuk berlatih bersendirian, tetapi saya berhubung dengan pihak dari Inter Miami dan mereka memudahkan saya.
"Saya bekerja keras untuk dapat bersaing apabila saya tiba di sini dan saya tidak sabar untuk berlatih dengan rakan sepasukan saya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!