Cheng Hoe tuntut Selangor lebih garang berdepan PDRM

Cheng Hoe percaya pemain The Red Giants mampu menghasilkan keputusan positif apabila melayan The Cops di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Khamis.
Cheng Hoe percaya pemain The Red Giants mampu menghasilkan keputusan positif apabila melayan The Cops di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Khamis.
A
A
A

JUARA 33 kali Selangor FC dituntut tampil lebih garang apabila berdepan PDRM FC dalam aksi timbal balik pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Khamis biarpun tanpa kelibat pemain lincah Faisal Halim.

Malah, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya barisan pemain The Red Giants dipacu mesin gol Ayron Del Valle mampu menghasilkan keputusan positif apabila melayan The Cops yang dijangka tampil gaya permainan taktikal dalam perlawanan tersebut.

“Ya, sememangnya saya akui pasukan amat terasa tanpa kelibat Faisal, namun kami perlu menyesuaikan diri segera. Dan sentuhan gol Ayron sudah tentu sekali lagi menjadi sandaran pasukan untuk mencatat keputusan positif.

“Sekali lagi saya ingatkan para pemain untuk lebih berwaspada mengelak melakukan kesilapan mudah dan fokus kepada misi pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Sebagai rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan PDRM mengejutkan Selangor, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Jun lalu.

Mengenai status terkini penyerang baharu Selangor, Richmond Boakye yang mengalami kecederaan Cheng Hoe berkata, pemain import dari Ghana berusia 30 tahun itu sedang menjalani latihan ringan bersama pasukan.

“Apa yang boleh saya katakan Richmond hanya akan diturunkan dalam kesebelasan utama atau bermula dari bangku simpanan sekiranya dia benar cergas 100 peratus, situasi dia kini dipantau rapi barisan kejurulatihan dan pegawai perubatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!