Cikgu Dzulfaqar sedia curah ilmu bantu usahawan digital
KUALA LUMPUR - Pelantar media sosial sememangnya memberi banyak faedah dan kebaikan jika digunakan untuk tujuan positif seperti perniagaan online.
Bagi seorang pempengaruh, Muhamad Dzulfaqar Hashim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Dzulfaqar Hashim berpendapat, penggunaan pelantar media sosial merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat global.
“Pelantar media sosial sudah menjadi sebahagian daripada keperluan asas masyarakat di Malaysia dan seluruh dunia.
“Kita wajar mengakuinya kerana selain mudah dan efisien bagi memasar dan membeli pelbagai keperluan peribadi, pelantar media sosial juga menjadi lubuk untuk menjana pendapatan,” ujarnya yang merupakan anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang.
Syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan fotografi, videografi, penganjuran acara dan animasi dan untuk pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta syarikat korporat (swasta) bagi pelbagai jenkis perkhidmatan latihan, konsultasi, produk digital, Tiktok Ad (iklan TikTok), FB Ad (iklan Facebook), Google Ad (iklan Google) dan IG Ad (iklan Instagram).
Menurut Cikgu Dzulfaqar Hashim lagi, beliau gemar mengajar kerana ia merupakan satu kepuasan membimbing usahawan baru khususnya individu yang tidak mempunyai pengetahuan menggunakan gajet dan aplikasi digital.“Apabila saya mengajar topik-topik dalam aspek pemasaran dan penjenamaan digital, saya dapat berkongsi pelbagai pengetahuan dan pengalaman mengenai selama berkecimpung dalam dunia perniagaan khususnya yang melibatkan pelantar media sosial, anda boleh akses portal saya cikgudzul.com untuk dapat pelbagai informasi mengenai pemasaran online.
“Sebagai persediaan untuk mengajar para pelajar saya, saya perlu buat dan lalui dahulu pengalaman berniaga tersebut, barulah saya boleh kongsikan bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh sukses dan berkembang.
“Saya mengajar pelajar-pelajar saya bagaimana untuk mengiklankan produk mereka di pelantar media sosial. Teknik dan kaedah ini sangat mesra pengguna media sosial tetapi ia mempunyai “permainan dan kekeliruan” yang tersendiri jika anda tidak benar-benar mahir menggunakan aplikasi dalam telefon pintar masing-masing,” katanya yang merupakan TikTok Shop Official Partner di Malaysia.
“Selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di kolej tersebut, saya bekerja dengan pelbagai syarikat yang mengusahakan perniagaan berasaskan grafik, multimedia, pengurusan acara, penerbitan-percetakan, produksi dan retail.
“Pengalaman bekerja dengan empat syarikat berkenaan membolehkan saya belajar dan bekerja untguk memahami speak terajang dunia perniagaan. Tiada yang mudah untuk berjaya,” tegas Cikgu DZulfaqar Hashim yang mempunyai 30 ribu pelanggan (subscriber) di pelantar Youtube.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!