Dakwaan sokongan Cina menurun, DAP pergiat kempen di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR - Tinjauan yang mendakwa DAP mungkin kehilangan 20 peratus pengundi Cina kepada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, mendorong parti itu mempergiatkan usaha dan kempen menjelang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sedar dakwaan tersebut yang mengatakan berlaku penurunan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP.
Ujarnya, kaji selidik itu sekali gus itu menjadi galakan untuk pihak mereka bekerja keras berkempen di Pulau Pinang.
“Kita tidak boleh merasa lega atau terlalu yakin. Bagi saya kaji selidik itu adalah petunjuk yang baik untuk mengingatkan calon-calon bahawa kemenangan itu bukan tentu.
"Kita akan berkempen dengan kuat walaupun sudah menyandang selama tiga penggal tetapi kita mempunyai kekuatan di negeri berkenaan.
"Kaji selidik itu boleh dijadikan sebagai petanda, tak semestinya betul dan salah, namun sebagai galakan untuk kita berkempen dengan lebih kuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Women In Rail, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur Marriot, pada Khamis.
Pada Rabu, media melaporkan kenyataan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, mendakwa sebilangan besar pengundi Cina mungkin mengundi Pakatan Nasional (PN), tidak keluar mengundi atau membuang undi rosak.
Hui Ying berkata, beliau menerima mesej menyatakan Pulau Pinang (DAP) kehilangan 20 peratus sokongan kaum Cina.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!