Longgokan sampah Jalan Persiaran Sungai Keramat bukan bawah selenggara KDEBWM

Lokasi aduan yang telah dibersihkan.
Lokasi aduan yang telah dibersihkan.
A
A
A

KLANG - Longgokan sampah tidak dikutip dan longkang tidak diselenggara di Jalan Persiaran Sungai Keramat, Klang Utama di sini bukan di bawah tanggungjawab KDEB Waste Management (KDEBWM).

KDEBWM dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan mendapati lokasi berkenaan bukan di dalam skop perkhidmatan atau inventori pihak KDEBWM.

Menurut kenyataan itu, penduduk atau wakil penduduk digesa menggunakan saluran betul untuk membuat aduan supaya semakan boleh dilakukan.

"Pengadu boleh merujuk KDEBWM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya semakan boleh dibuat sama ada kawasan tersebut di bawah skop perkhidmatan KDEBWM atau pun tidak," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang calon PRN telah membangkitkan isu berkenaan menerusi sebuah video berdurasi satu minit 43 saat menerusi media sosial.

Dalam pada itu, KDEBWM berkata, pihaknya sentiasa memberikan perhatian dan pemantauan yang terperinci terhadap operasi kutipan sampah domestik, sampah pukal dan pembersihan awam di Selangor.

Sebarang aduan mengenai pembuangan sampah domestik, sampah pukal dan pembersihan awam boleh disalurkan melalui aplikasi i-Clean Selangor atau melalui pautan laman web www.kdebwm.com.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!