Madu Miera Leyana dicerai talak satu

No Image Caption
A
A
A

SUAMI pelakon, Miera Leyana, Rosland Othman menceraikan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib dengan talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Memetik laporan Astro Awani, ahli perniagaan itu melafazkan talak berkenaan selepas mendakwa tiada persefahaman atau perasaan sayang terhadap Adibah, 50, selepas wanita itu membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya.

Sementara itu, selepas prosiding kes di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali, Rosland, 50, yang ditemani ibu Miera Leyana, Aisyah Abdullah, bergegas keluar dari dewan perbicaraan dan tidak memberikan sebarang kenyataan.

Namun Aishah berkata, sidang media khas akan dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu, Adibah yang juga ibu kepada lima anak, tidak mahu mengulas mengenai perpisahan tersebut kerana masih terkejut dengan situasi yang dihadapi.

Sementara itu, peguam syarie, Mohd Junid yang mewakli Adibah berkata, tuntutan hadanah yang difailkan tetap diteruskan.

"Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain dan sebutan prosiding itu ditetapkan pada 4 September depan," katanya ringkas.

Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan permohonan cerai terhadap Adibah di mahkamah ini mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan berkenaan maka mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.

Sebelum ini, media melaporkan Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!