Statistik gaji negara setiap suku diluncur esok
SHAH ALAM - Buat kali pertama dalam sejarah, statistik gaji negara setiap suku yang menggunakan data granular (terperinci) akan diluncurkan pada Jumaat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah gaji rendah di Malaysia.DOSM
"Esok (Jumaat) saya akan luncurkan statistik gaji negara setiap suku yang menggunakan data granular.
''Ini kali pertama dalam sejarah negara perkara ini dibuat, sebagai sebahagian usaha kita membawa tumpuan negara menyelesaikan masalah gaji rendah," ciapnya menerusi akaun Twitternya pada Khamis.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdahulu menerusi Twitter rasminya turut menghebahkan tentang program Majlis Pelancaran Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 yang akan dirasmikan Rafizi itu.
Program tersebut dijadual berlangsung pada jam 11.30 pagi di Dewan Anggerik DOSM dan akan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook jabatan berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!