Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja

Tiga arca yang akan dikembalikan kepada kerajaan Kemboja. - Agensi
Tiga arca yang akan dikembalikan kepada kerajaan Kemboja. - Agensi
A
A
A

SYDNEY -Galeri Negara Australia (NGA) akan mengembalikan tiga arca gangsa abad ke-9 dan ke-10 yang dicuri dari Kemboja, lapor BBC.

Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.

Justeru, kerajaan Kemboja mengalu-alukan langkah bersejarah itu sebagai 'langkah penting bagi membetulkan ketidakadilan pada masa lalu'.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah gesaan global yang menyeru barangan budaya dirompak supaya dikembalikan kepada negara asal.

Asalnya, tiga arca itu berasal dari Kerajaan Champa yang pernah menduduki Vietnam dan sebahagian Kemboja.

NGA berkata, pihaknya membeli arca tersebut dari seorang penyeludup artifak Britain, Douglas Latchford dengan harga AS$2.3 juta (RM10.48 juta). Latchford meninggal dunia pada tahun 2020.

Tambahnya, Latchford telah terlibat dalam perdagangan haram barang antik sejak 2016. Dia didakwa pada 2019 kerana melakukan pemerdagangan artifak Kemboja yang dicuri dan dirompak.

Menurut stesen penyiaran ABC, ketiga-tiga patung itu digali di sebuah ladang di Tboung Khmum di timur Kemboja pada tahun 1994 sebelum diseludup ke pengedar seni antarabangsa dengan merentasi sempadan di Thailand dan berakhir dalam koleksi Latchford.

Difahamkan, anak perempuan Latchford, Nawapan Kriangsak telah bekerjasama dengan penyelidik dari NGA dan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja untuk membantu memulangkan barangan tersebut.

Arca-arca itu itu akan kekal dipamerkan di NGA di Canberra selama tiga tahun manakala Kemboja menyediakan pusat pameran baharu di Phnom Penh.

Ini adalah kali kedua NGA telah memulangkan semula seni yang dicuri dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!