Dikecam isu manifesto, Baddrol Bakhtiar tetap semangat kempen
SUNGAI PETANI - Kecaman dan cercaan terhadap bekas kapten pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar tidak menjejaskan perjalanan kempen pilihan raya negeri (PRN) yang telah memasuki hari keenam pada Khamis.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun itu berkata, komen negatif diterima antaranya tidak sesuai terjun ke dunia politik dan lebih baik fokus dalam bola sepak, tidak langsung melemahkan semangat untuk terus berkempen.
Baddrol secara berseloroh menganggap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pengurusnya, menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dalam dunia politik.
"Saya jadi 'coach', ini (Sanusi) manager," katanya kepada media dalam Program Santai Petang bersama Panglima dan Kapten di Medan Gurun jaya di sini pada Khamis.
Hadir sama, Muhammad Sanusi yang turut dijemput menjadi panel program santai berkenaan bersama Baddrol yang dihadiri kira-kira 300 penyokong.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai jawapan dikemukakan Baddrol ketika disoal media bahawa tiada manifesto diketengahkan olehnya setakat ini, namun meminta agar penyokong meneruskan sokongan tanpa berbelah bahagi.
Kenyataan itu telah menyebabkan mantan Kapten Kedah Darul Aman FC itu menerima kecaman hebat daripada pihak lawan.
Ditanya lanjut mengenai kempen yang dilaksanakan, Baddrol mengakui berjalan lancar dan disambut baik penyokong daripada pelbagai peringkat usia.
"Alhamdulillah kempen saya begitu lancar dan seronok, saya dapat dekat dengan rakyat dan harap selepas ini akan dekat lagi untuk mendengar masalah mereka.
"Penerimaan positif dan saya harapkan mereka sokong serta terus memberikan semangat, saya pun dapat memberi sesuatu untuk rakyat khususnya di DUN Gurun," katanya.
Dalam PRN kali ini, DUN Gurun menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Baddrol Bakhtiar (Pas) menentang Mohammed Fidaus Johari mewakili Pakatan Harapan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi DUN Gurun dimenangi bapa Mohammed Firdaus, Tan Sri Johari Abdul (PKR) dengan majoriti 4,207 undi mengalahkan tiga calon lain dari Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
ARTIKEL BERKAITAN: 'Pemilihan Baddrol sebagai calon PN boleh tarik anak muda'
'Perasaan saya macam final bola sepak' - Baddrol
PRN: Baddrol mahu bantu pertahankan kepimpinan Sanusi
Baddrol jadi calon PN: Sanusi kata tunggu, bagi ada 'thrill'
PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!