Rashford intai peluang ledak 40 gol

Rashford meledak 30 gol bersama United pada musim lalu. - Foto AFP
Rashford meledak 30 gol bersama United pada musim lalu. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi, Marcus Rashford mengintai peluang untuk menjaringkan 40 gol pada musim baharu ini sambil mendapat sokongan Wayne Rooney agar dia memadam rekodnya bagi jumlah jaringan buat Manchester United.

Rooney menerajui senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Old Trafford dengan 253 gol dan selepas menandatangani kontrak baharu selama lima tahun, Rashford dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk mengatasi rekod tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 30 gol musim lalu dan menjadikan jumlah jaringannya bersama United sebanyak 123 gol.

"Anda tidak tahu apa akan terjadi, tetapi bagi saya ia mengenai menghasilkan gol dan melakukan bantuan jaringan.

"Sudah tentu, ada peluang semua itu akan berlaku," ujar Rashford.

Rashford mendedahkan pernah berbual dengan Rooney mengenai potensi untuk muncul penjaring terbanyak The Red Devils.

"Saya ada bercakap dengan Wayne mengenai perkara itu dan dia mahu saya melakukannya.

"Dia berkata, ia bagus kerana saya membesar di kelab itu. Diharapkan saya dapat peluang untuk mencuba dan menjadikannya kenyataan," ujar Rashford.

Dalam perbualan dengan bekas pertahanan United, Gary Neville pula, Rashford percaya dapat meledak 40 gol jika kekal cergas sepenuhnya pada musim baharu minggu depan.

"Sebelum musim lalu, saya sasar untuk buat 20 gol dan bagi pemain sayap, ia sudah cukup bagus.

"Tetapi musim ini, saya menghasilkan 30 gol, jadi kamu perlu terus mencuba untuk menambah gol.

"Pada hujung musim lalu, saya bergelut dengan kecederaan dan mungkin tidak mencapai prestasi terbaik, sebab itu jumlah gol agak kurang," kata Rashford.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!