13 cedera kereta api penumpang tergelincir di New York

Lapan gerabak kereta api Long Island Rail Road tergelincir dari landasan. - Foto Agensi
Lapan gerabak kereta api Long Island Rail Road tergelincir dari landasan. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Sekurang-kurangnya 13 orang cedera selepas sebuah kereta api penumpang yang sedang menuju ke Hempstead tergelincir di timur Stesen Jamaica di 175th Street dan 95th Avenue di daerah Queens New York pada Khamis.

Kesemua lapan gerabak kereta api Long Island Rail Road itu tergelincir dari landasan dalam kejadian pada 11.12 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua memetik kenyatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif pihak berkuasa pengangkutan metropolitan (MTA) Janno Lieber.

Kebanyakan mangsa mengalami cedera ringan.

"Keutamaan kami ialah memastikan semua penumpang dan pekerja kereta api selamat dan perkhidmatan kereta api disambung semula secepat mungkin," kata Gabenor New York, Kathy Hochul, dalam satu kenyataan.

Punca nahas belum dikenal pasti.

Pegawai MTA berkata, gangguan perkhidmatan dijangkakan sehingga pagi Jumaat. - Bernama-Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!