Perubahan iklim jadikan Julai bulan terpanas di bumi 2023
NEW YORK - Lebih 6.5 bilion orang atau empat daripada setiap lima orang di bumi akan mengalami cuaca yang sangat panas sepanjang hari pada bulan Julai, berikutan kesan perubahan iklim, menurut kajian terbaharu.
Menurut kajian Climate Central, purata suhu global dan panas melampau mencatat rekod pada Julai tahun ini, lapor Agensi Anadolu.
Kajian itu menganalisis suhu harian di 4,700 bandar di 200 negara.
Hasil kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua bilion orang di seluruh dunia 'mengalami pengaruh perubahan iklim yang sangat kuat setiap hari pada bulan Julai'.
"Mereka yang tinggal berdekatan dengan khatulistiwa dan di pulau-pulau kecil mengalami pengaruh perubahan iklim yang paling kuat," menurut kajian itu.
Perubahan iklim yang disebabkan oleh perbuatan manusia turut menyebabkan kepanasan melampau di selatan Amerika Syarikat, Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean.
Justeru, kajian itu menggariskan kepentingan mempunyai strategi untuk mengurangkan kepanasan global dan mencegah risiko kematian yang disebabkan cuaca panas melampau. - Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!