Kolej universiti tahfiz antara manifesto BN-PH Kelantan diumum esok

Md Alwi - Foto fail Bernama
Md Alwi - Foto fail Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri itu esok, yang antara lain bersetuju menubuhkan Kolej Universiti al-Quran Tahfiz Sains jika diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, majlis akan disempurnakan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Md Alwi berkata, lebih 10 tawaran dijangka dikemukakan oleh BN-PH Kelantan menerusi manifesto itu yang menyentuh semua lapisan masyarakat.

"Janji kita adalah janji yang akan ditunaikan. Antara yang paling menarik pembinaan Kolej Universiti al-Quran Tahfiz Sains bagi melahirkan golongan profesional yang menghafal al-Quran,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, tawaran yang dikemukakan adalah jelas untuk memperbetulkan banyak kesilapan serta janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!