Permainan sepak raga tuju

A
A
A
Penduduk tempatan Kampung Bakar Bata, Sungai Petani, asyik bermain sepak raga tuju di dalam gelanggang di hadapan sebuah rumah.

Sepak raga tuju adalah sebuah permainan tradisi yang amat popular di negeri Kedah dan negeri-negeri bahagian utara yang lain.

Sepanjang pemerhatian jurugambar semasa berada di negeri Kedah ini, aktiviti bermain sepak raga tuju ini boleh ditemui hampir di setiap daerah di Kedah.

Cara permainannya adalah gabungan antara sepak takraw dan sepak raga bulatan, namun tidak mempunyai jaring dan tidak melibatkan rejaman akrobatik yang luar biasa. Setiap pemain dibenarkan hanya tiga kali sentuhan bola, dan tiga orang pemain untuk satu kumpulan. Biarpun tiada aksi rejaman atau lipatan, namun peserta boleh merembat bola dengan pantas dan menujukan bola tersebut kepada lawan, jika lawan tidak berjaya menyambut maka mata perlawanan akan diperoleh.

Permainan ini menjadi mengujakan apabila rembatan dan tangkisan bola dapat dikawal kedua-dua pihak dengan tempoh yang lama sehingga beberapa minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024