PN Selangor tawar 112 inisiatif jika menang PRN
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit ”Perikatan Nasional (PN) Selangor menawarkan 7 tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran untuk rakyat Selangor.
Perkara itu terkandung dalam tawaran Perikatan Nasional (PN) Selangor kepada rakyat di negeri ini jika diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Tawaran PN Selangor itu dilancarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Tawaran PN di sebuah hotel di Shah Alam di sini pada malam Jumaat.
Manifesto PN Selangor yang dilancarkan merangkumi usaha menangani isu kos sara hidup, masalah pekerjaan, integriti, pendidikan dan pendapatan rakyat.
PN turut menawarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion yang terkandung di dalam tawaran berkenaan.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!