LTSIP dijangka siap 2025

Azami (kiri) ketika menghadiri ceramah umum Parlimen Ketereh pada Jumaat
Azami (kiri) ketika menghadiri ceramah umum Parlimen Ketereh pada Jumaat
A
A
A

KOTA BHARU - Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, lapangan terbang itu bakal menyediakan kemudahan penerbangan terus ke beberapa negara yang melibatkan perjalanan kurang lima jam.

Menurutnya, kemudahan berkenaan ialah untuk rakyat negeri ini yang sudah diusahakan kerajaan negeri.

"Walaupun lapangan terbang itu tidak bertaraf antarabangsa tetapi boleh terus ke beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Jika kita diberi mandat pada pilihan raya negeri 12 Ogos depan, Insya-ALLAH akan diusahakan penerbangan terus pergi haji tanpa ke Kuala Lumpur," katanya ketikamenyampaikan ceramah umum di Parlimen Ketereh pada Jumaat

Hadir sama. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Azami yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok berkata, bagi menyelesaikan masalah air, kerajaan negeri meminta peruntukan RM8 bilion daripada kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Persekutuan bersetuju memberi RM1.7 bilion dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.

"Kita mahu RM1.7 bilion dalam bentuk geran seperti negeri yang lain dan Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) akan berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) agar RM1.7 bilion ini diberi dalam bentuk geran." katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!