Replika Hari Kebangsaan

A
A
A
Warga Perak, Tazar Alang Ibrahim, 63, menghiasi replika kereta kebal dengan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada 31 Ogos ini yang bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan di Jalan Tasek hari ini.

Menurut Tazar, bahan terpakai seperti besi dan tayar antara yang dikitar dan digunakan semula bagi menghasilkan replika berunsurkan Hari Kebangsaan dalam membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, replika perlu dihias pada minggu pertama Ogos agar perancangan yang dirangka akan tercapai dan tersusun rapi sekaligus boleh dipamerkan kepada pengunjung serta masyarakat.

Tazar berkata setelah siap, beliau akan mempamerkan dan mengambil gambar untuk tatapan rakan-rakan di Facebook bagi membangkitkan kemeriahan Hari Kebangsaan.

Beliau berharap agar semangat patriotik di kalangan anak bangsa, tidak dizahirkan semata-mata pada bulan kemerdekaan sahaja tetapi dalam kehidupan seharian dengan mencintai negara melalui hubungan sesama kaum dan bangsa sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan serta keamanan.