Fahmi umum berita gembira Isnin ini

Fahmi hadir pada Program Merdeka@Komuniti di Dewan Batu 9 pada Sabtu.
Fahmi hadir pada Program Merdeka@Komuniti di Dewan Batu 9 pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dijangka mengumumkan berita gembira berkenaan pakej talian pasca bayar pada Isnin ini.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Program Merdeka@Komuniti di Dewan Batu 9 di sini pada Sabtu.

"Isnin ini sekitar jam 1 petang, Insya-ALLAH saya akan buat pengumuman untuk kurangkan beban buat semua pengguna talian perkhidmatan telekomunikasi.

"Saya harap perancangan ini berjalan lancar, setidaknya memberi manfaat untuk penjawat awam tapi kalau boleh, saya nak ia sampai kepada semua," katanya pada Sabtu.

Pada program itu, beliau turut memberitahu kementerian menyasarkan untuk memperbanyak akses 5G termasuk memperkenal pakej 5G Rahmah dijangka bulan depan.

Beliau turut meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat jika berdepan masalah capaian internet di kawasan tertentu untuk membolehkan kementerian mengambil tindakan.

"Sebagai menteri komunikasi, saya kena pastikan masalah internet ini selesai. Walaupun kita tahu, ada sesetengah tempat hadapi masalah akses tapi saya berusaha untuk selesaikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!