Kajian EMGC: Apa pilihan pengundi DUN Selangor?

Dapatan penuh kaji selidik ini akan diterbitkan oleh lima media utama iaitu Awani, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban pada 6 Ogos ini.
Dapatan penuh kaji selidik ini akan diterbitkan oleh lima media utama iaitu Awani, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban pada 6 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kini berbaki seminggu lagi sebelum pengundi di enam negeri akan memilih calon dan parti pilihan mereka, seterusnya membentuk kerajaan Negeri bagi penggal seterusnya.

Badan penyelidik Endeavour-MGC meneruskan siri tinjauan mereka, khususnya di negeri Selangor, bagi melihat sentimen pengundi di 34 kerusi marginal DUN Selangor, dengan memberi fokus kepada dua kategori – pengundi pelbagai bangsa dan pengundi Melayu.

No Image Caption

Tinjauan dilakukan ke atas 1,068 peserta kajian pelbagai bangsa melalui kaedah persampelan rawak berstrata, di 34 kerusi marginal DUN Selangor dengan jumlah sampel populasi seramai 2,006,569 pengundi, dan 724 peserta kajian berbangsa Melayu dengan jumlah sampel populasi seramai 1,359,683 pengundi.

Dalam tinjauan yang dilakukan antara 22 dan 28 Julai 2023 itu, peserta kajian pelbagai bangsa di 34 kerusi marginal tersebut terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 67.8 peratus; Cina (15.6 peratus); India (12.4 peratus; dan lain-lain (4.2 peratus).

No Image Caption

Selain itu, 45 peratus golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus dari golongan M40 pendapatan antara RM4,850 dan RM10,959 dan 15 peratus golongan T20 dengan pendapatan RM10,959 ke atas.

Adakah Datuk Seri Amirudin Shari terus menjadi pilihan sebagai Menteri Besar Selangor? Adakah kumpulan pengundi ini berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menterik Datuk Seri Anwar Ibrahim?

No Image Caption

Atau mampukan Perikatan Nasional menidakkan keyakinan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk kekal di negeri termaju itu?

Hasil dapatan penuh kaji selidik ini akan diterbitkan oleh lima media utama iaitu Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban, selain Awani, pada 6 Ogos ini. - Awani

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!