Putera Harry, Meghan perkenal 'Baby Sussex'

Wajah bayi comel pasangan Duke dan Duchess of Sussex yang diperkenalkan semalam.
Wajah bayi comel pasangan Duke dan Duchess of Sussex yang diperkenalkan semalam.
A
A
A

LONDON - Ia adalah detik paling dinantikan masyarakat dunia.

Duke dan Duchess of Sussex memperkenalkan putera sulung mereka kepada umum ketika sidang media di Istana Windsor.

Meghan Markle, 37, turut kelihatan agak terharu dan teruja ketika memberitahu perasaannya selepas bergelar ibu kepada pewaris takhta ketujuh Britain.

"Ia seperti satu mimpi. Saya kini memiliki dua lelaki terhebat di dunia. Sejak dua hari lalu, ia adalah hari yang sangat istimewa," kata Meghan sambil tersenyum.

Sementara itu, Harry dalam satu kenyataan memberitahu bergelar ibu bapa adalah detik yang sangat menakjubkan.

Bayi lelaki yang digelar 'Baby Sussex' itu dilahirkan seberat 3.26 kilogram pada Isnin lalu.

Pasangan bahagia itu bagaimanapun masih belum menamakan putera mereka hingga mencetuskan teka teki tentang nama yang bakal dipilih. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!