Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
PUTRAJAYA - Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Beliau turut mendedahkan terdapat beberapa kes membabitkan kanak-kanak yang berumur 13 hingga sembilan tahun.
"Jika dulu, remaja 17 atau 18 tahun yang bersalin anak luar nikah, tetapi sekarang saya jumpa tiga melibatkan budak berumur 13 tahun.
"Di Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing 11 tahun dan Pulau Pinang, sembilan tahun bersalin
"Ia cukup membimbangkan kerana kadar anak tidak sah taraf ini mencapai 11 peratus iaitu satu daripada 10 (remaja melakukan hubungan seks bebas atau tanpa ikatan perkahwinan)," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Majlis Pelancaran modul Reproalert di Putrajaya pada Sabtu.
Tambah Zainur, antara punca utama berlakunya perkara berkenaan adalah disebabkan penggunaan gajet.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!