Imran Khan dihukum penjara tiga tahun
ISLAMABAD - Mahkamah Islamabad pada Sabtu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas perdana menteri Imran Khan kerana menyembunyikan aset kewangannya.
Hakim mahkamah tempatan mengumumkan perintah untuk menjatuhkan hukuman kepada Khan, pengerusi bekas parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), dalam kes berkaitan penjualan hadiah negara secara haram dan Khan hilang kelayakan untuk memegang sebarang jawatan selama lima tahun, lapor Xinhua.
Keputusan terperinci akan dikongsi kemudian, menurut badan kehakiman.
Hakim juga mengenakan denda 100,000 rupee (sekitar AS$355) ke atas Khan, dan jika ia tidak dilunaskan, Khan perlu menghabiskan tempoh enam bulan lagi di penjara.
Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri itu.
Khan gagal hadir ke mahkamah ketika keputusan itu diumumkan.
Menurut laporan media tempatan, Khan berada di kediamannya di bandar timur Lahore dan polis telah mengepung kediaman beliau. -Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!