Hishammuddin terharu terima ucapan, doa sempena hari lahir
SHAH ALAM - Bekas Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isterinya, Tengku Marsilla Tengku Abdullah menerima ucapan dan titipan doa sempena ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh selang sehari daripada pengguna platform media sosial.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut menzahirkan penghargaan apabila menerima pelbagai ucapan daripada pelbagai pihak.
“Semalam birthday wife (isteri) hari ini giliran saya pula, tidak terbalas ucapan dan doa daripada semua di Whatsapp, Instagram, Facebook dan TikTok.
“Banyak nak kena tengok dan baca.Terharu rasa terima kasih semua,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.
Ujarnya, setakat ini terdapat ucapan yang tidak sempat dibalas, namun beliau dan isteri amat menghargai tanda ingatan daripada semua pihak.
“Tak putus-putus ucapan serta doa yang saya dan isteri terima sempena ulang tahun kelahiran kami. Terharu rasa.Terima kasih semua. Maaf kalau ada yang saya dan isteri terlepas pandang atau belum reply, kami sangat hargai ingatan daripada semua,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!