Cabaran beregu campuran negara di Universiade berakhir

Cabaran pemain beregu campuran badminton negara berakhir selepas kecundang dalam aksi pusingan kedua dan ketiga pada Sabtu.
Cabaran pemain beregu campuran badminton negara berakhir selepas kecundang dalam aksi pusingan kedua dan ketiga pada Sabtu.
A
A
A

HASRAT kontinjen Malaysia untuk menambah pungutan pingat menerusi acara badminton beregu campuran di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu tidak kesampaian apabila kesemua tiga beregu negara kecundang dalam aksi pusingan kedua dan ketiga pada Sabtu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kem badminton negara gagal untuk mempertahankan pingat perak dimenangi pada Universiade Taipei 2017.

Setelah mencatatkan kemenangan masing-masing pada pusingan pertama, dua gandingan beregu campuran negara tidak bernasib baik apabila terpaksa menentang gandingan beregu tuan rumah China.

Gandingan Teoh Le Xuan-Tan Kok Xian ternyata sukar menandingi kehebatan gandingan China, Ren Xiang Yu-Liu Xuan Xuan apabila tewas straight set 14-21, 20-22.

Antara pemain badminton negara yang mengalas cabaran dalam acara beregu campuran di Universiade Chengdu.
Antara pemain badminton negara yang mengalas cabaran dalam acara beregu campuran di Universiade Chengdu.

Nasib sama juga dialami gandingan Mohammad Faris Zaim- Yap Rui Chen yang berdepan prospek emas kejohanan dari China, He Ji Ting-Du Yue apabila tewas 9-21, 13-21.

Gandingan beregu negara Wong Tien Ci-Desiree Siow pula mengakhiri saingan di pusingan ketiga selepas tumpas straight set kepada wakil dari Thailand, Ruttanapak Oupthong- Jhenicha Sudjaipraparat, 19-21, 13-21.

Keputusan itu menyaksikan harapan kem badminton negara di Universiade Chengdu kini bergantung kepada acara beregu wanita dan beregu lelaki.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!