Jangan mudah tuduh seorang muslim menjadi kafir - Mohd Na'im
PUTRAJAYA - Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir kerana dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
"Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut Mohd Na’im sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut. - Bernama
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!