Nenek 90 tahun gagah bekerja di restoran McDonald's
TOKYO - Tamiko Honda yang berusia 90 tahun mungkin boleh dianggap sebagai pekerja McDonald's paling setia di Jepun.
Ini kerana pada usia senja, wanita dari bandar Kumamoto ini masih gagah bekerja lima hari seminggu di cawangan McDonald's di Chu-ku.
Rutin hariannya menyaksikan wanita itu bangun seawal jam 4 pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi.
Difahamkan, Honda telah mengulangi rutin sama sepanjang 23 tahun lalu dan sehingga kini tiada tanda menunjukkan dia mahu bersara.
Menurut akhbar Kumanichi, Honda merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 staf wanita McDonald's di seluruh negara Matahari Terbit tersebut.
Tambah akhbar tersebut, keluarga Honda menggalakkan wanita itu supaya bersara namun dia menegaskan bekerja salah satu cara untuknya kekal sihat.
Akhbar Kumanichi sebelum ini melaporkan rekod pekerja paling tua McDonald's di Jepun dipegang oleh seorang datuk berusia 95 tahun yang bekerja di cawangan Toyama.
Namun, Honda kekal memegang rekod pekerja paling lama berkhidmat dengan restoran segera tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!