Arsenal miliki karakter julang Perisai Komuniti

Guardiola
Guardiola
A
A
A

ARSENAL dinilai mempunyai kelebihan untuk menang trofi Perisai Komuniti ke atas Manchester City susulan jadual padat juara treble itu pada penghujung musim lalu, kata Pep Guardiola.

City berdepan musim lalu yang sangat sibuk apabila beraksi dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA manakala Arsenal pula hanya memberi tumpuan kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City, yang memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pertama mereka pada Jun akan memulakan musim 2023-24 menentang naib juara liga, Arsenal dalam aksi pembuka tirai EPL pada Ahad.

“Situasi yang kami hadapi ialah kami menamatkan (musim lalu) dua minggu selepas Arsenal dan kami memulakan (musim ini) dua minggu kemudian. Jadi, kami tidak berada dalam keadaan terbaik.

"Kami bergelut untuk memulakan semula setiap musim, tetapi ia tidak menjadi masalah dan diharapkan mentaliti kami dapat membantu kami untuk berada di sana dan bersaing," katanya

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sedang mencari untuk merapatkan jurang di bahagian atas liga dan Guardiola percaya pasukan London utara itu telah merekrut pemain yang berkualiti dalam kesebelasan utama.

Pengambilan pemain tengah England Declan Rice dari West Ham United, Kai Havertz dari Chelsea dan pemain pertahanan Jurrien Timber dari Ajax Amsterdam telah mengukuhkan teras Arsenal.

"Rice memilih untuk ke Arsenal, saya ucapkan selamat maju jaya. Dia seorang yang baik, penting untuk pasukan England. Arsenal membeli pemain yang sangat bagus.

"Mereka tidak membeli pemain untuk memberi pilihan lebih luas kepada skuad, mereka membeli pemain kesebelasan utama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!